8:33 pm - Saturday April 19, 2014

Maduro Jadi Presiden Sementara Venezuela

nicolas maduro

MO,Caracas, 6/3/2013 – ┬áNaib Presiden Venezuela, Nicolas Maduro akan menjadi presiden sementara selepas kematian Hugo Chavez hari ini dengan pilihan raya presiden akan dilaksanakan dalam masa 30 hari.

Perkara itu diumumkan Menteri Luar, Elias Jaua dalam satu sidang akhbar hari ini.

 Maduro akan menjadi calon bagi pentadbiran negara itu di bawah Parti Sosialis.

Setakat ini masih belum jelas bila pilihan raya akan diadakan.

Chavez meninggal dunia hari ini selepas bertarung lebih dua tahun penyakit barah yang dihidapinya. – AP

Filed in: Luar Negara

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen