8:51 am - Wednesday April 25, 2018

Majlis Keselamatan dikecam gagal pertahan hak asasi manusia

zeidrath.jpg.transformedMO, 20/3/2018, NEW YORK: Ketua badan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, semalam menyelar Majlis Keselamatan kerana gagal ‘mempertahankan hak asasi manusia dan menghalang kehilangan nyawa’ ketika perang di Syria yang mengorbankan hampir setengah juta penduduk masuk tahun kelapan.

“Konflik di Syria ditentukan dengan cara tidak dihiraukan secara mutlak walaupun pada piawaian minimum prinsip dan undang-undang,” kata Zeid Ra’ad al-Hussein.

Berkata ramai yang cuba mendokumenkan pelanggaran hak asasi ditahan, didera atau dibunuh, Zeid berkata: “Majlis Keselamatan tidak menghiraukan pengorbanan wira seluruh Syria.

“Ia tidak mengambil tindakan tegas mempertahankan hak asasi manusia dan menghalang kehilangan nyawa.”

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia itu bercakap pada pertemuan tidak rasmi di PBB sejurus sebelum taklimat yang dijangka diberikan kepada Majlis Keselamatan dihalang apabila Russia meminta undian prosedur dibuat.

Majlis dianggotai 15 negara itu menghadiri pertemuan tidak rasmi berkenaan.

Zeid mengecam penggunaan kuasa veto di majlis itu untuk melindungi penjenayah kemanusiaan dan perang di Syria dan di negara lain daripada dibawa ke muka pengadilan.

 

– Reuters

Filed in: Luar Negara, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen