12:10 pm - Tuesday January 23, 2018

Malaysia berjaya pacu ekonomi

download

MO, KUALA LUMPUR, 3/8/2017 – Pengasas dan pemimpin Parti Ennahda dari Tunisia, Rachid Ghannouchi, berkata Malaysia adalah antara 20 negara terbaik dalam bidang ekonomi walaupun mempunyai bilangan penduduk kecil.

Beliau berkata, Malaysia hanya mempunyai 30 juta penduduk tetapi mampu berada dalam kalangan 20 negara terbaik di dunia dalam bidang ekonomi.

“Keadaan di Malaysia lebih rumit daripada keadaan di Tunisia kerana Malaysia hanya mempunyai 60 peratus orang Islam… Tunisia perlu pelajari kepakaran Malaysia dalam hal ini,” katanya ketika menjawab soalan mengenai lawatannya ke Malaysia dan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam program bual bicara khas bertajuk ‘Situasi Politik dan Ekonomi di Tunisia’ di Nessma TV yang disiarkan di YouTube, semalam.

Ghannouchi, 76, adalah pemikir Islam terkemuka yang hidup dalam buangan selama 22 tahun semasa pemerintahan diktator di Tunisia.

Beliau berkata, Malaysia membuktikan bahawa Islam mampu melonjak ke hadapan bersama ekonomi dan teknologi.

Selain itu, katanya, wanita Malaysia amat mementingkan aspek keagamaan serta aktif dalam politik, ekonomi dan kebudayaan.

Sumber : BH

Filed in: Ekonomi

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen