2:50 am - Saturday June 24, 2017

Malaysia hos Mesyuarat OIC berkaitan etnik Rohingya minggu hadapan

OIC (1)MO, 12/1/2017, KUALA LUMPUR – Menteri Luar negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur, minggu depan bagi membincangkan krisis etnik Rohingya ketika ribuan yang lain masih menjadi pelarian.

Seramai 56 wakil OIC dijangka menghadiri mesyuarat yang bakal diadakan 19 Januari ini dan akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru-baru ini menggesa Myanmar menghentikan ‘pembunuhan beramai-ramai’ penduduk Islam Rohingya.

Myanmar, negara majoriti penganut Buddha, menolak mengiktiraf Rohingya sebagai etnik minoriti di negaranya, sebaliknya menganggap mereka sebagai Bengali – atau pendatang haram dari negara jiran Bangladesh – walaupun ramai yang tinggal di negara itu sejak beberapa generasi.

Berlaku penghijrahan secara besar-besaran etnik Rohingya dari Rakhine, negeri di utara Myanmar selepas tentera melancarkan operasi pembersihan sambil menjejaki pemberontak di sebalik serangan maut pos keselamatan polis, tiga bulan lalu.

Pelarian minoriti Islam yang dianiaya di Bangladesh menceritakan kisah menakutkan berhubung tindakan pasukan keselamatan melakukan rogol beramai-ramai, membunuh dan seterusnya membakar kediaman mereka.

– AFP

Filed in: Agama, Luar Negara, Nasional, Rencana, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen