3:13 pm - Wednesday December 16, 1615

Malaysia ke arah cat bebas plumbum menjelang 2020

indexMO, 22/11/2017, PETALING JAYA – Persatuan Pembuat Cat Malaysia (MPMA) yang diwakili 17 syarikat pengeluar cat menandatangani perjanjian jaminan untuk menghentikan penggunaan bahan berasaskan plumbum dalam pembuatannya menjelang 2020.

Inisiatif perjanjian yang ditandatangani itu selaras dengan usaha yang memfokuskan pengubahan ke arah pelaksanaan cat tanpa plumbum.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong, berkata plumbum dalam cat amat membimbangkan terutama di negara yang sedang pesat membangun.

“Industri cat mengalami perubahan positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apabila ia bukan saja sebagai bahan untuk menghiasi permukaan malahan berperanan penting dalam menyediakan persekitaran selamat untuk pengguna. Masanya sudah tiba untuk kita memberikan tumpuan kepada isu plumbum dalam cat demi kesihatan dan persekitaran kita,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Hijau MPMA: Ke Arah Cat Bebas Plumbum semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyedari kesan jangka panjang pendedahan cat yang mengandungi plumbum kepada kesihatan dan persekitaran.

Pakatan Global Ke Arah Cat Bebas Plumbum (GAELP) sebagai inisiatif diterajui WHO dan Program Persekitaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) sejak 2011 menyedari keperluan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan agensi kerajaan dan orang awam tentang toksik plumbum dalam cat dan kesan yang memudaratkan kesihatan dan kehidupan.

Sehingga kini, 59 buah kerajaan di seluruh dunia menyatakan komitmen untuk mewujudkan sekatan undang-undang terhadap penggunaan plumbum dalam cat, manakala 65 negara masih belum mempunyai sekatan undang-undang.

Filed in: Kesihatan, Luar Negara, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen