3:13 pm - Thursday December 15, 6033

Malaysia sah hantar kontinjen negara terbesar dalam sejarah Sukan SEA

indexMO, 13/8/2017, KUALA LUMPUR – Malaysia disahkan menghantar kontinjen terbesar yang akan beraksi dalam Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur (KL2017) yang membuka tirai dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan akan menghantar 844 atlet iaitu 469 atlet lelaki dan 375 alet wanita, sekali gus menjadikan penglibatan atlet negara sebagai yang terbesar dalam sejarah temasya dwitahunan itu.

Untuk edisi ke-29 kali ini, Thailand menghantar kontinjen terbesar dengan 1,265 orang (atlet dan pegawai) dan diikuti Malaysia (1,234), Indonesia (948), Singapura (840), Filipina (762), Vietnam (684), Laos (293), Kemboja (261), Brunei (172) dan Timor-Leste (69).

Semua kontinjen akan ditempatkan di hotel seluruh ibu negara selain turut membahagikan atlet mengikut 11 kluster sukan.

Hotel terkemuka yang terlibat ialah Hotel Renaissance Kuala Lumpur sebagai penginapan rasmi kontinjen Malaysia; Hotel Royal Chulan (Brunei); Hotel Sunway Putra (Kemboja dan Filipina); Hotel The Royale Chulan Bintang (Indonesia); Hotel Swiss Garden (Laos); Hotel Federal Kuala Lumpur (Myanmar); Hotel Double Tree by Hilton (Singapura); Hotel Istana (Thailand) serta Hotel Berjaya Times Square (Timor-Leste dan Vietnam).

Filed in: Luar Negara, Nasional, Sukan, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen