3:13 pm - Saturday December 16, 1426

Manchester United ke pusingan 16 terakhir

Manchester United's English striker Marcus Rashford (R) shoots under pressure from CSKA Moscow's Russian defender Viktor Vasin (L) to score their second goal during the UEFA Champions League Group A football match between Manchester United and CSKA Moscow at Old Trafford in Manchester, north west England on December 5, 2017. / AFP PHOTO / Oli SCARFF

MO, 6/12/2017, MANCHESTER – Manchester United mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan A selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan CSKA Moscow 2-1 di Old Trafford, awal pagi tadi.

United menamatkan saingan peringkat kumpulan di depan Basel yang turut mara hasil kemenangan 2-0 ke atas Benfica.

Keputusan itu menyaksikan United muncul juara kumpulan dengan 15 mata, tiga mata di depan Basel yang menghuni tangga kedua dan enam mata meninggalkan CSKA yang berada di kedudukan ketiga.

CSKA akan beraksi dalam saingan Liga Europa selepas tamat cuti musim sejuk.

Dalam aksi di Old Trafford, United yang terlepas beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada awal perlawanan dikejutkan jaringan pendahuluan CSKA menerusi Vitinho pada minit ke-45.

Namun, Romelu Lukaku dan Marcus Rashford menyelamatkan maruah The Red Devils apabila masing-masing meledak gol untuk memastikan kemenangan buat pasukan itu.

Lukaku menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64 sebelum Rashford muncul wira dengan meledak gol kemenangan dua minit kemudian. – REUTERS

Filed in: Sukan, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen