3:11 pm - Friday November 23, 2914

Manchester United ucap selamat tinggal, Wayne Rooney teruja kembali ke Everton

41499608808_wayne-rooney-leaving-manuMO, 10/7/2017, MANCHESTER – KELAB bola sepak liga perdana Inggeris, Manchester United mengucapkan selamat tinggal kepada pemain legenda mereka, Wayne Rooney.

Penyerang Manchester United itu bakal kembali ke kelab lamanya, Everton.

Difahamkan, Rooney sudah menjalani ujian medikal di The Toffess, namun berapa bayaran diterimanya untuk perpindahan tersebut masih tidak diketahui.

Rooney pernah bersama Everton pada 1996 sehingga 2004 sebelum menyertai Manchester United pada musim panas 2004 dengan bayaran sebanyak 37 juta Euro.

Kegemilangan Rooney bersama Red Devils tidak dapat dinafikan sehingga digelar legenda kerana dia tidak pernah menyumbang kurang dari 15 gol setiap musim.

Namanya juga tercatat sebagai penjaring gol terbanyak memecah rekod yang pernah disandang Sir Bobby Charlton apabila meledak gol ke-250 menentang bertemu Stoke City pada Januari 2017.

Filed in: Luar Negara, Sukan, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen