3:13 pm - Tuesday December 16, 2070

masalah penghantaran pembantu rumah warga Indonesia akan berakhir

PEMBANTU RUMAH

PEMBANTU RUMAHru_01.3

MO,PETALING JAYA,20/12/2013- Agensi pengambilan pembantu rumah berkata, masalah penghantaran pembantu rumah warga Indonesia akan berakhir memandangkan mereka diberi kuasa untuk menentukan kos pengambilan pekerja domestik ini.

Bagaimanapun, Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) mengakui kos untuk mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah itu ‘mungkin akan meningkat’.

Presiden Papa, Jeffrey Foo berkata: ‘Isu kos sentiasa menjadi halangan untuk membawa masuk pembantu rumah. Kerajaan cuba untuk mengawal harga tersebut tetapi agensi Indonesia masih enggan membekalkan pembantu rumah kepada kita kerana merasakan ia tidak berbaloi memandangkan harga dikenakan terlalu rendah.

“Perkara ini tertangguh sekian lama. Membenarkan kami untuk tampil dengan MoU baharu merupakan satu peluang untuk menyelesaikan kebuntuan itu,” katanya.

Pada 1 Disember 2011, Malaysia dan Indonesia menandatangani MoU untuk menarik balik moratorium pembekalan pembantu rumah dari negara itu yang dilaksanakan pada Jun 2009.

MoU itu menetapkan kos untuk mengambil pembantu rumah Indonesia sebanyak RM4,511 – dengan RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.

Pada Januari tahun lalu, Papa mengumumkan bahawa kerajaan telah memberi lampu hijau untuk menaikkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia kepada RM6,700.

Pada Julai, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan menetapkan kos pengambilan kepada RM8,000.

Foo berkata, sejak MoU ditandatangani pada 2011, hanya 660 pembantu rumah Indonesia dibawa masuk ke Malaysia.

“Sekiranya ia ditentukan oleh kami, kami mahu mengekalkan kos pada kadar sedia ada.

“Namun, kami akan berbincang dengan rakan-rakan di Indonesia sebelum keputusan akhir boleh dibuat,” katanya.

Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (Apjati) berkata, kos tersebut tidak akan dinaikkan.

“Selagi kerajaan menyerahkan perkara itu kepada kami, kami yakin menerusi perbincangan dan MoU, kami akan dapat menyelesaikan isu tersebut dan menambah bekalan pembantu rumah ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi.-Mstar

Filed in: Politik

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen