8:39 am - Wednesday April 25, 2018

MB, Ketua Menteri jumpa PM

WhatsApp_Image_2018-04-10_at_09.26.30.jpeg.transformedMO, 10/4/2018, PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri di kediaman rasmi, Kompleks Seri Perdana di sini, pagi ini.

Difahamkan, pertemuan itu dipercayai berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tinjauan NSTP di hadapan pintu masuk Seri Perdana mendapati, kelihatan kenderaan rasmi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memasuki kawasan kompleks kira-kira jam 9 pagi.

Seterusnya, kenderaan rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan memasuki perkarangan Kompleks Seri Perdana kira-kira 10 pagi.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga dikatakan antara yang terawal tiba di kompleks berkenaan.

Filed in: Nasional, Politik, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen