5:06 pm - Wednesday April 25, 2018

Menjelang 2020 pendapatan pelancongan Langkawi bakal cecah RM9 bilion

langkawi-09

 

MO, 3/8/2017, LANGKAWI –┬áLembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan pendapatan dalam sektor pelancongan di Langkawi akan mencecah RM9 bilion menjelang 2020, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azizan Noordin.

Katanya sasaran ini ditetapkan berdasarkan jangkaan pulau ini dapat menarik lima juta orang pelancong menjelang tahun berkenaan berbanding 3.67 juta orang yang dicatatkan tahun lepas.

“Ketibaan pelancong pada tahun lepas telah membolehkan Langkawi mencatatkan pendapatan kira-kira RM5.6 bilion,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LADA di sini malam tadi.

Menurutnya sasaran ini terkandung di bawah Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi 2.0, sebuah pelan pelaksanaan pembangunan industri pelancongan Langkawi bagi tempoh di antara 2016 dan 2020.

Perancangan ini, katanya, akan turut melibatkan lebih banyak lagi penganjuran acara-acara bertaraf antarabangsa di pulau ini.

Filed in: Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen