12:15 pm - Tuesday January 23, 2018

Messi tampil persembahan memukau belasah Celta

Soccer Football - Spanish King's Cup - FC Barcelona vs Celta Vigo - Camp Nou, Barcelona, Spain - January 11, 2018   Barcelona?s Lionel Messi in action with Celta Vigo?s Sergi Gomez    REUTERS/Albert Gea

MO, 12/1/2018, MADRID – Lionel Messi menampilkan persembahan hebat di depan pemain baharu, Philippe Coutinho ketika Barcelona membelasah Celta Vigo 5-0 sebentar tadi untuk mara ke suku akhir Piala Raja Sepanyol 6-1 secara agregat.

Coutinho berada di tempat duduk Nou Camp buat pertama kali sejak perpindahan bernilai 160 juta euro (RM766 juta) dari Liverpool.

Pemain Brazil itu tidak perlu menunggu lama untuk melihat kehebatan pasukan itu di padang.

Terikat 1-1 selepas perlawanan pertama, juara bertahan tiga kali itu mendahului 4-0 pada babak pertama.

Messi menjaringkan dua gol pembukaan pada minit ke-13 dan 15, kedua-duanya dilakukan dengan sentuhan kaki kiri hasil bantuan Jordi Alba.

Messi kemudian membalasnya dengan mengumpan kepada Alba yang mengatasi penjaga gol Sergio Alvarez di gawang Celta sebelum Luis Suarez menjadikan kedudukan 4-0 selepas 30 minit.

Pemain kebangsaan Perancis, Ousmane Dembele membantu untuk gol kelima, tiga minit sebelum tamat apabila sepakan penjurunya ditanduk dari jarak dekat oleh Ivan Rakitic.

 

– AFP

Filed in: Luar Negara, Sukan, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen