3:11 pm - Saturday November 23, 2869

MRT penanda aras perancangan masa depan pengangkutan awam

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Fasa Pertama dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Semantan mula beroperasi dan dibuka kepada orang awam ketika tinjauan fotoBernama di Stesen Semantan hari ini. Pengguna boleh menikmati perkhidmatan MRT Fasa Pertama ini termasuk bas pengantara secara percuma sehingga 16 Jan 2017. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

MO, 17/7/2017, KAJANG – Sistem Transit Aliran Massa (MRT) menjadi penanda aras bagi semua perancangan masa depan pengangkutan awam yang mengambil kira keperluan kesalinghubungan serta peningkatan mutu kehidupan rakyat di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah berkata kerajaan menjalankan pelbagai inisiatif di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara sejak enam tahun lepas bagi mentransformasikan penggunaan pengangkutan awam darat, yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang harian kepada 1.1 juta hari ini.

Beliau berkata perkhidmatan MRT secara keseluruhannya mempunyai anggaran masa perjalanan selama 84 minit (dari hujung ke hujung) dengan kekerapan 3.5 minit pada waktu puncak pada jarak laluan sejauh 51 kilometer (km).

Perkhidmatan itu menawarkan 14 stesen dilengkapi kemudahan parkir bagi memudahkan pengguna meletakkan kenderaan bagi menggunakan perkhidmatan MRT selain dilengkapi dengan 300 bas perantara yang beroperasi dalam lingkungan jarak antara 5 hingga 7km daripada laluan MRT.

Mohd Azharuddin berkata projek MRT Laluan 2:Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan LRT Laluan 3 (LRT 3):Bandar Utama-Johan Setia pula dijangka memberi peluang kepada pembangunan berorientasikan transit (TOD).

Filed in: Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen