3:19 pm - Sunday February 24, 0869

MySMEBank mudahkan permohonan atas talian

WhatsApp_Image_2018-02-13_at_13.17.42.jpeg.transformedMO, 13/2/2018, KUALA LUMPUR: SME Bank melancarkan sistem permohonan atas talian, MySMEBank untuk memudahkan pelanggan memohon pembiayaan.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengurusan Korporat Kumpulan SME Bank, Datuk Razman Mohd Noor, sistem berkenaan dapat memendekkan tempoh pemprosesan permohonan kepada 14 hari dengan mengurangkan 41 peratus langkah pemprosesan.

“MySMEBank membolehkan proses permohonan pembiayaan dijalankan dengan lancar dan lebih sistematik. Tambahan, ia akan diintegrasi bersama sistem sedia ada, Book Your Banker (BYB), di mana usahawan boleh berhubung secara terus dengan pegawai bank kami.

“Bagaimanapun, kepada pelanggan yang tidak menepati kriteria permohonan, mereka akan dirujuk kepada anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR) dan Jabatan Pembangunan Usahawan SME Bank (EDD) untuk khidmat nasihat dan latihan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-Biz Challenge 2018 dan Permohonan Atas Talian “MySMEBank” yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Program Inovasi Usahawan Muda, Razman berkata, penyertaan tahun ini dibuka secara dalam talian bagi memudahkan pelajar, guru dan pihak sekolah.

Sejak dianjurkan pada 2012 sehingga 2016, program berkenaan menarik penyertaan daripada 409 sekolah membabitkan 1,344 pelajar dan 424 guru.

“Tahun ini, kami menerima lebih daripada 50 peratus penyertaan baharu dengan sebanyak 118 penyertaan diterima berbanding tahun lalu, 91 penyertaan,” katanya.

Pertandingan SME Bank Y Biz Challenge menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM91,000.

Filed in: Ekonomi, Nasional, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen