Sebagai permulaan, semalam Perdana Menteri  melancarkan bangunan terminal baharu dan projek menaik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan (LTS) untuk memperbanyakkan lagi penerbangan antarabangsa terus ke daerah itu. Projek dengan kos siling RM80 juta itu akan menjana ekonomi Sandakan melalui sektor ekopelancongan, perhotelan dan jualan produk tempatan. Projek tersebut merupakan hadiah kepada rakyat Sabah khususnya Sandakan yang tidak disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), namun beliau telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Unit Perancang Ekonomi memberi kelulusan segera. Perdana Menteri juga mahu projek ini dibuat secara pakej iaitu sistem radar yang digunakan mesti turut dinaik taraf, kontraktor sudah dilantik pastikan mula projek bulan Jun jangan tunggu akhir tahun.