3:13 pm - Saturday December 16, 1944

Najib Terima Kunjungan 25 Ketua Delegasi Parti Politik Luar Negara

KUALA LUMPUR, 7 Dis -- Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) menghadiri perjumpaan dengan delegasi luar negara sempena Perhimpunan Agung UMNO hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh (tiga, kiri). -- fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

MO, 7/12/2017, KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima kunjungan hormat ketua delegasi perwakilan luar negara di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Semua ketua delegasi itu mewakili 25 parti politik dari 16 negara termasuk India, Belgium, Palestin, Indonesia, Thailand, Laos dan Vietnam yang hadir mengikuti ucapan dasar Najib sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, pagi tadi.

Turut hadir dalam perjumpaan tertutup kira-kira 30 minit yang berlangsung selepas Najib menyampaikan ucapan dasar adalah Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ketua delegasi bersama anggota delegasi dengan keseluruhannya seramai 95 orang kemudian diraikan dalam majlis jamuan tengah hari.

 

-Bernama

Filed in: Luar Negara, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen