Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, secara rasminya Prasarana telah memaklumkan waktu operasi dilanjutkan kepada pukul 2 pagi namun memberi jaminan akan menawarkan perkhidmatan sehingga ke penumpang terakhir yang meninggalkan Stesen Bukit Jalil.

“Pada 19 Ogos ini kita akan mengadakan pembukaan Sukan SEA dan saya berharap agar orang ramai menggunakan perkhidmatan awam. Cara terbaik adalah bawa kereta dan letakkan di stesen LRT. Mereka kemudiannya boleh menaiki LRT ke Stesen Bukit Jalil namun sekiranya ingin membawa kenderaan, mereka boleh meletakkannya di tempat yang disediakan,” katanya.

Jelas Khairy lagi, beberapa pemimpin tertinggi negara luar dijangka menghadiri pembukaan Sukan SEA termasuk kerabat diraja Brunei.