8:31 am - Friday December 19, 2014

Pakej Menarik Samsung Galaxy Note Ii Dengan Harga Rendah

MO, 20/10/2012 – Celcom Axiata Bhd, DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) dan Maxis Bhd mula memasarkan Samsung Galaxy Note II di pasaran semalam menerusi pelbagai pakej harga menarik untuk pelanggan tempatan.

DiGi secara keseluruhannya menawarkan telefon pintar terbaru itu pada harga terendah di pasaran iaitu RM1,399 bagi kontrak dua tahun dan RM1,749 bagi kontrak setahun.

Syarikat telekomunikasi itu turut memperkenalkan empat pakej panggilan iaitu DG Smart Plan 48 bagi 1GB, DG Smart Plan 68 (3GB), DG Smart Plan 88 (5GB) manakala DG Smart Family (300MB) pula ditawarkan dengan komitmen terendah RM28.

Tiga pakej

Pelancaran telefon pintar itu juga dimeriahkan dengan pameran bergerak DiGi di tiga lokasi tumpuan iaitu Low Yat Plaza, Pusat Membeli belah One Utama dan KSL City Mall, Johor; selama tiga hari bermula semalam.

Penawaran harga terendah terus dimeriahkan oleh Celcom yang memberikan saingan dengan menawarkan Galaxy Note II serendah RM1,498 bagi kontrak 18 bulan di bawah pelan Celcom First Elite (RM150) manakala RM1,698 bagi kontrak 12 bulan.
Sebanyak tiga pakej disertakan bersama telefon pintar itu meliputi Celcom First Prime (RM40), Celcom First Premier (RM80) dan Celcom First Elite (RM150) dengan masing-masing ditawarkan bersama dua pakej data iaitu Mobile Internet Basic (RM38) dan Mobile Internet Advance (RM58).

Pelbagai kadar

Sementara itu, Maxis pula menawarkan Galaxy Note II pada harga serendah RM1,599 bagi data 3GB dengan kontrak 24 bulan; manakala harga bagi kontrak 12 bulan pula serendah RM1,799.

Pelanggan boleh memilih pelbagai pelan kadar panggilan yang ditawarkan.

Filed in: Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen