8:24 am - Wednesday April 25, 2018

Pameran DSA, Natsec dibuka hari ini libatkan 1,500 syarikat pertahanan

Da4UyVfVwAAI91NMO, 16/4/2018, KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum hari ini menghadiri acara kunjungan rasmi Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di sini.

Johari yang diiringi Panglim Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor meluangkan masa kira-kira sejam melawat sekitar ruang pameran itu.

Pameran itu menghimpunkan kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan 350 anggota delegasi luar negara dari 45 negara.

Pameran empat hari di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dijangka menarik 40,000 pelawat itu menjadi platform kepada pengurusan tertinggi pertahanan dan keselamatan di seluruh dunia untuk bertukar-tukar idea selain memberi peluang kepada penggiat industri untuk memasarkan produk masing-masing.

Majlis perasmian DSA edisi ke-16 itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.

DSA merupakan acara dwitahunan yang diadakan sejak tahun 1988.

Filed in: Luar Negara, Nasional, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen