3:13 pm - Tuesday December 16, 1704

Panglima ATM Terima Kunjungan Rakan Sejawatan Dari Thailand

armyMO, 7/12/2017, KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya, Panglima Angkatan Tentera Thailand Jeneral Tarnchaiyan Srisuwan, di Wisma Pertahanan, di sini.

Ia merupakan kunjungan kali pertama ke atas Raja Mohamed Affandi selepas Tarnchaiyan memegang jawatan tertinggi dalam Angkatan Tentera Diraja Thailand itu.

Kunjungannya bersama tujuh anggota delegasi yang berlangsung selama sejam itu bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala serta kerjasama diplomatik pertahanan antara kedua-dua negara.

Dalam lawatan sehari itu, Tarnchaiyan juga dijadual melawat Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (PARA) di Kem Terendak, Melaka bagi penganugerahan beret kehormat PARA hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

BERNAMA

Filed in: Luar Negara, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen