Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pihaknya akan menggunakan Sistem Pengenalan Diri Frekuensi Radio (RFID) yang menggunakan teknologi seperti peranti Smart Tag bagi mengesan ketulenan setiap pas pengenalan diri perwakilan, pemerhati dan pengamal media.

Langkah sedemikian perlu diambil kerana terdapat segelintir daripada mereka yang melakukan perbuatan menipu pas pengenalan masuk ke dewan terdiri daripada mereka yang mempunyai gelaran seperti Tan Sri dan Datuk.

“Langkah ini bagi mengelakkan berlakunya kes-kes seperti sebelum ini terdapat beberapa individu cuba menipu dengan mencetak semula pas tersebut dan kemudian mencuri masuk ke dalam dewan. Keadaan itu menyebabkan kami sukar untuk mengambil tindakan kerana bimbang mengganggu acara perhimpunan seperti perbahasan dan ucapan yang sedang berjalan,” katanya.