5:05 pm - Wednesday April 25, 2018

Pelancong China penyumbang terbesar jualan di KLIA2

51513420077_KLIADuaMO, 13/1/2018, SEPANG – Populariti Malaysia dalam kalangan pelancong China menyumbang kepada peningkatan jualan di semua lapangan terbang antarabangsa kendalian Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Pengurus Besar Kanan MAHB, Nazli Aziz memberitahu, tahun 2017 menyaksikan kejayaan pertama kali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk mencapai jualan melebihi RM1 billion.

“Kita juga dapat lihat kempen sepanjang tahun 2017 memberi banyak kesan kepada kenaikan perbelanjaan setiapĀ  penumpang. Tahun 2016, KLIA berjaya melepasi pasaran melebihi RM1 billion, dan tahun ini, KLIA2 pula akan mencecah angka ini.

“Ini membuktikan bahawa usaha-usaha kerajaan yang memudahkan penerbangan dan juga kemudahan e-visa telah berjaya kerana jualan yang kita terima di semua lapangan terbang antarabangsa kendalian MAHB meningkat jika dibandingkan dengan tahun lalu,” katanya.

Filed in: Ekonomi, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen