3:13 pm - Saturday December 16, 1369

PEMBANGUNAN ATAU BANGUNAN?

pembangunan atau bangunanMO, 11/11/2017 – Setiap kali bila dibicarakan mengenai pembangunan, maka sering kali ianya disekalikan dengan cadangan untuk membina bangunan di sana sini, sama ada untuk untuk persendirian atau awam. Malahan atas nama pembangunan juga, pembangunan yang baru dibangunkan untuk mengantikan pembangunan atau bangunan lama.

Mungkin di dalam konteks Bahasa Melayu hari ini, pembangunan dirujuk sebagai bangunan kerana perkataan bangunan pun diberikan kata kerja sebagai pembangunan dengan menambah ayat pem sahaja akan mengubah konteks atau makna ayat tersebut. Tetapi tidak jika dilihat di dalam Bahasa Inggeris, di mana perkataan development tidak bermakna kepada building. Dua perkara yang amat berbeza.

Di dalam konteks Malaysia kini, sering kali apabila disebut sahaja pembangunan, maka akan disertai dengan maksud bangunan. Sedangkan  pembangunan itu sendiri mungkin tidak memerlukan bangunan atau pun mengekalkan sesuatu seperti alam sekitar juga adalah pembangunan.

Atas maksud kepada pembangunan inilah kita melihat bangunan didirikan di sana sini tanpa mengekalkan pembangunan  lestari di sesuatu kawasan. Tidak semestinya dengan adanya bangunan ianya merujuk kepada pembangunan, malahan dengan mengekalkan pembangunan yang sedia ada juga merupakan pembangunan. Bangun, membangun, bangunan dan pembangunan mempunyai maksud yang berbeza.

Dengan mewujudkan pembangunan yang tidak terancang atau kemunculan bangunan di dalam konteks pembangunan di sesuatu kawasan, sudah pasti akan menyebabkan kecelakaan kepada pembangunan di kawasan tersebut, kerana yang diutamakan ialah pembangunan bangunan, bukannya pembangunan alam sekitar yang lestari. Dan apabila berlakunya kecelakaan, barulah pihak-pihak tertentu akan bangun dan sedar bahawa pembangunan yang dilakukan tersebut tidak memberi faedah kepada pembangunan itu sendiri.

Di dalam konteks hari ini, manusia lebih suka kepada perubahan dengan melakukan pelbagai bentuk pembangunan walaupun tiada keperluannya. Dan yang lebih pelik lagi ialah melakukan pembangunan semula di atas pembangunan yang sedia ada. Kita lihat sendiri betapa banyak pembangunan yang dilakukan dengan memusnahkan pembangunan sebelumnya sedangkan tiada keperluan untuk berbuat demikian. Atas alasan pembangunan juga, bangunan dirobohkan atau didirikan semula sedangkan di negara-negara lain, pengekalan bangunan adalah elemen terpenting kepada pembangunan.

Mengubah minda masyarakat kepada konsep pembangunan memerlukan satu tugas yang mencabar kerana melibatkan pelbagai sektor dan kepentingan. Pada hal pembangunan tidak memerlukan bangunan pun, tidak memerlukan dibangunkan semula pun dan pengekalan itu adalah pembangunan yang sebenarnya.

Betapa banyak kemusnahan alam dilakukan atas nama pembangunan dan mungkin menyalahkan definisi pembangunan untuk membuat atau membina bangunan di serata ceruk dan lereng sehingga mendatangkan ancaman kepada pembangunan tersebut.

Mungkin mentaliti masyarakat kita masih lagi di peringkat kategori membangun, merujuk status negara membangun, maka krisis keperluan kepada pembangunan akan berlaku. Tetapi kita tidak boleh lagi meletakkan definisi atau konteks pembangunan adalah bangunan. Kita sering kali menyebut pembangunan dan bangunan di dalam konteks atau maksud yang sama. Dan kesannya ialah atas keperluan pembangunan, maka perlu didirikan bangunan, tidak kiralah di celah-celah mana atau di penjuru mana, asalkan bangunan didirikan atas nama pembangunan. Maka akhirnya terjelmanya pembangunan adalah bangunan dan bangunan adalah pembangunan.

Filed in: Nasional, Topik Pilihan

One Response to “PEMBANGUNAN ATAU BANGUNAN?”

  1. November 12, 2017 at 5:25 am #

    Hi, after reading this amazing post i am as well glad to share my know-how here with mates.

    Dapatkan Informasi Seputar Rokok Elektrik dan juga Harga serta
    Spesifikasinya

Tinggal Komen