12:16 pm - Tuesday January 23, 2018

Pembedahan kembar siam berjaya dipisahkan

10selamat.transformedMO, 9/1/2018, RIYADH – Kembar siam yang dilahirkan di Semenanjung Gaza, Palestin berjaya dipisahkan dalam satu pembedahan di sini, semalam, lapor Saudi Press Agency (SPA) dalam satu kenyataan.

SPA melaporkan, pembedahan diketuai Dr Abdullah bin Abdulaziz Al-Rabiah membabitkan kembar Farah dan Haneen itu dilakukan di Hospital Pakar Kanak-Kanak Raja Abdullah yang mengesahkan kejayaan pembedahan pemisahan itu.

Pembedahan itu bermula pagi Isnin lalu dan membabitkan sembilan peringkat bius dan pemisahan beberapa organ, termasuk hati serta memulihkan semula beberapa organ Haneen.

Berita gembira ini datang berbulan selepas doktor dan ahli keluarga kembar siam lain di Gaza mengetahui mereka dibenarkan pergi ke luar negara melakukan pembedahan yang rumit.

Ketua Unit Neonatal Hospital Sifa Gaza, Allam Abu Hamda berkata, pada Oktober tahun lalu kembar siam perempuan yang bercantum di perut dan peha tidak dapat dikendalikan di hospital itu.

Peluang untuk kembar siam yang berkongsi organ utama untuk hidup sangat rendah.

Menurut Abu Hamda, Farah dan Haneen berada dalam keadaan stabil kerana mereka berkongsi satu kaki dan bercantum hati tetapi memiliki paru-paru berasingan.

 

– AFP

Filed in: Kesihatan, Luar Negara, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen