3:53 am - Wednesday October 22, 2014

Pembunuhan Pegawai Bank: 11 Individu Ditahan

suspect-pembunuh-Norazita-Abu-Talib

MO, KL, 30/10/2013 - Seramai 11 orang ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu.

“Penahanan yang terbaharu dilakukan pada Ahad di Johor,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti di mana suspek berada.

Namun beliau enggan memberitahu maklumat tentang mereka yang ditahan dan hubungan mereka dengan suspek.

Pembunuhan berlaku pada 24 Oktober lalu apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati Norazita Abu Talib, 37, selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.

Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.

Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut.- BERNAMA

Filed in: Dalam Negeri

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen