3:13 pm - Wednesday December 16, 1643

Pemimpin dunia bersatu bidas Pyongyang

FILE PHOTO: The intercontinental ballistic missile Hwasong-14 is seen during its test in this undated photo released by North Korea's Korean Central News Agency (KCNA) in Pyongyang, North Korea July 5 2017. To Match Special Report USA-NUCLEAR/ICBM  KCNA/via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS IMAGE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. REUTERS IS UNABLE TO INDEPENDENTLY VERIFY THIS IMAGE. NO THIRD PARTY SALES. SOUTH KOREA OUT.

MO, 29/11/2017, SEOUL – Pemimpin dunia sebulat suara mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Korea Utara yang mendarat dekat dengan laut Jepun, hari ini.

Pelancaran itu adalah yang terbaru selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada awal bulan ini mengisytiharkan Korea Utara sebagai negara penaja keganasan.

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in hari ini berkata beliau mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran peluru berpandu ICBM, dan menyeru masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan dan sekatan terhadap Pyongyang.

Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata, beliau menyifatkan ujian ICBM dilancarkan Korea Selatan perlu dihentikan dan memberikan tekanan lebih besar terhadap Pyongyang.

“Saya mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik dan berazam meningkatkan tekanan terhadap Pyongyang dan perpaduan antara rakan sejawatan kami,” kata Macron dalam Twitter.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berkata, pelancaran peluru berpandu Korea Utara adalah satu ‘tindakan keganasan’ dan ‘tidak boleh bertolak ansur’.

Pada masa sama, beliau menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan persidangan tergempar.

“Kita tidak akan menyerah kalah atas sebarang tindakan provokatif dan akan memaksimumkan tekanan terhadap Pyongyang,” kata Abe kepada pemberita.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, hari ini turut menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah baharu untuk menekan Pyongyang menghentikan program pembangunan senjata nuklear.

“Masyarakat antarabangsa perlu mengambil langkah baharu bagi meningkatkan keselamatan maritim, termasuk menyekat laluan maritim ke Korea Utara,” katanya dalam satu kenyataan.

 

– Reuters/AFP

Filed in: Luar Negara, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen