11:45 am - Thursday October 23, 2014

Pengambilan Pelajar Ting 4 Ke Sbp Dan Mrsm Diteruskan

MO, KL, 10/10/2012 – Pengambilan pelajar tingkatan empat ke sekolah berasrama penuh (SBP)  dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tidak akan dihentikan walaupun peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan pada 2014.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sistem pentaksiran yang dikendalikan pihak sekolah akan menentukan kelayakan pelajar selain syarat lain bagi kemasukan pelajar cemerlang ke sekolah berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, sekolah satu sesi akan dilaksanakan di seluruh negara selewat-lewatnya dalam masa 10 tahun.

Buat masa ini, hampir 20 peratus saja daripada 10,000 sekolah yang masih mempunyai sekolah dua sesi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika membuat tinjauan perjalanan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, Jalan Seri Setia, Gombak, sebentar tadi.

Filed in: Nasional

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen