1:48 am - Tuesday August 22, 2017

Permainan video game dalam sukan Olimpik 2024

via-idkupdates.sportsblog.com-esport-1024x683MO, 11/8/2017 – Pengerusi bersama Jawatankuasa Pembidaan Olimpik Paris, Tony Estanguet berkata beliau akan mengadakan sesi perbincangan antara wakil e-sukan dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengenai kemungkinan penyertaan acara permainan video ini pada 2024.

Estanguet menjelaskan beliau percaya potensi kehebatan pertandingan alam maya seharusnya dipertimbangkan sebagai sukan rasmi, jika Olimpik mahu kekal relevan dalam kalangan peminat generasi baharu.

“Saya tidak mahu mengatakan ‘tidak’ pada peringkat awal. Saya menyifatkan satu pertemuan perlu dilakukan antara pihak IOC, golongan belia dan komuniti e-sukan untuk memahami prosesnya dan mengapa ia berjaya, ”katanya dalam satu temu bual bersama AP di London baru-baru ini.

Paris akan dipilih secara rasmi sebagai tuan rumah Sukan Olimpik pada 2024 selepas perhimpunan IOC di Lima, Peru pada bulan depan selepas pesaingnya Los Angeles bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi 2028. Sementara itu, menurut laporan firma penyelidikan pemasaran Newzoo, industri e-sukan menjana pendapatan sebanyak RM2.1 billion pada tahun lalu dan merekodkan jumlah penonton seramai 320 juta dari seluruh dunia.

Filed in: Hiburan, Luar Negara, Nasional, Sukan, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen