5:19 pm - Saturday September 23, 2017

Pingat gangsa ceriakan kem olahraga

download (57)MO, 19/5/2017, KUALA LUMPUR – Raja Nursheena Raja Azhar menceriakan kem olahraga apabila merangkul pingat gangsa acara 100 meter (m) berpagar wanita di Sukan Perpaduan Islam Keempat, Baku, Azerbaijan semalam.

Pelari berusia 26 tahun itu melakar catatan 13.85 saat (s) dengan pingat emas menjadi milik pelari Olimpik, Odile Ahouanwanou dari Beninese dengan kepantasan 13.55s manakala perak diraih Nevin Yanit Baltaci dari Turki (13.71s). Raja Nursheena tidak menyangka dapat tempat ketiga kerana saingannya di Azerbaijan memang kuat namun beliau tidak mempedulikan mereka sebaliknya hanya berikan tumpuan terhadap lariannya untuk mendapatkan catatan masa ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) dan akan cuba lakukan yang terbaik nant. Raja Nursheena adalah pemenang pingat gangsa Sukan SEA Myanmar pada 2013 dengan kepantasan 13.84s. Catatan peribadi terbaik atlet itu adalah 13.83s di Terbuka Perak 2015.

Filed in: Luar Negara, Nasional, Sukan, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen