3:08 pm - Friday October 20, 1522

PM mahu Azizulhasni jadi contoh ikutan generasi muda

71495176754_DSNajibRazakMO, 20/5/2017, PUTRAJAYA –┬áPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Johan Keirin Dunia Azizulhasni Awang menjadi role model (contoh ikutan) rakyat Malaysia khususnya golongan muda dalam bidang sukan.

Beliau berharap pencapaian Azizulhasni akan mendorong rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan lebih cergas dalam bidang sukan. Azizulhasni yang mempunyai kebolehan bertutur dengan baik, mempunyai personaliti yang baik dan orangnya pun baik yang dilihat kebolehannya menjadi ikon. Bagi Azizulhasni, untuk mencapai ke peringkat elit dalam bidang sukan bukan perkara mudah malah banyak berkorban termasuk berada di Melbourne 10 tahun, meninggalkan keluarga, ibu dan ayah selain menghabiskan usia muda di sana. Apa yang penting ialah dapat menginspirasikan generasi muda dalam bidang sukan. Sebagai ikon sukan negara, bersama jaguh-jaguh sukan lain seperti Datuk Lee Chong Wai dan Datuk Nicol David, Azizulhasni mahu terus menginspirasi generasi muda agar bergiat dalam bidang sukan.

Filed in: Fesyen dan Style, Hiburan, Nasional, Sukan, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen