1:50 am - Tuesday August 22, 2017

PM Najib bersama ribuan umat Islam di malam Doa Untuk Malaysia

WhatsApp_Image_2017-08-12_at_9.59.01_PM.jpeg_1502547986MO, 13/8/2017, PUTRAJAYA – Lebih 50,000 hadirin memeriahkan majlis “Doa Untuk Malaysia 2017″ yang turut dihadiri perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Putra di sini Sabtu malam.

Acara tahunan yang masuk tahun keempat penganjuran ini diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017. Jika sebelum ini acara diadakan di Dataran Merdeka, namun penganjur membuat sedikit kelainan pada tahun ini dengan menjadikan Putrajaya sebagai lokasi penganjuran.

Walaupun hujan renyai sepanjang majlis itu, namun orang ramai tidak berganjak dan terus membanjiri Dataran Putrajaya seawal jam 5 petang. Program bermula selepas solat Isyak yang kemudiannya disusuli majlis doa yang dipimpin oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan alunan selawat dan qasidah yang dipimpin Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf bersama kumpulan In-Team, Al-Mawlid serta kumpulan Hadrah JASA.

Filed in: Agama, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen