1:47 pm - Saturday November 25, 2017

POKOK DAN DEDALU

WhatsApp Image 2017-11-10 at 15.07.35Oleh: AZMAN HUSSIN

 

MO, 10/11/2017 – ORANG-orang Cina di Malaysia perlu memikirkan beberapa persoalan sebelum mereka mahu menumbangkan kerajaan sedia ada.

Jangan sekadar terpengaruh dengan pemimpin-pemimpin anda yang mahu menguasai negara ini. Seperti orang-orang Melayu yang dimanipulasi oleh pembangkang, anda orang-orang Cina juga sedang dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin politik bangsa anda.

Ibarat pokok dan dedalu, anda perlu tahu jika pokok tumbang, dedalu juga akan tersungkur ke bumi. Jika kerajaan hari ini dijatuhkan, anda juga akan menerima padah kejatuhan itu.

Ketika mana orang-orang melayu “mabuk politik”, banyak perkara yang mereka tidak sedari. Apabila mereka terhantuk, barulah mereka akan terngadah. Sekarang anda mungkin bergelak ketawa melihat orang-orang melayu bergaduh sesama sendiri kerana politik. Anda hanya menjadi batu api, dan menunggu peluang menguasai negara ini dengan sabar.

Bagi orang yang tidak mempunyai apa-apa, mereka tidak akan takut kehilangan apa-apa. Andalah, bangsa yang menikmati kekayaan dan kemakmuran ekonomi, yang sepatutnya lebih peka menjaga suasana aman ini berkekalan dan tidak menyinggung bangsa peribumi.

Anda boleh menyatakan untuk Malaysia yang lebih baik atau apa sahaja, tetapi jika saat itu tiba, tiada siapa yang dapat menutup hakikat sebenar bahawa kuasa politik adalah matlamat anda selepas menguasai ekonomi negara ini. Segala slogan murni hanyalah tinggal slogan politik.

Apa yang berbahaya kepada anda, apabila orang-orang Melayu mulai menyedari bahawa mereka hanya ditipu untuk menjatuhkan kerajaan orang-orang Melayu, bukannya kerana mahu menyelamatkan negara seperti dakwaan-dakwaan pemimpin pembangkang.

Kita tahu sama tahu bahawa perjuangan DAP bukanlah untuk menyelamatkan negara. Anda boleh katakan ini kepada orang-orang Melayu, bahawa menukarkan kerajaan adalah untuk Malaysia yang lebih baik, tetapi anda sendiri sedar ini hanyalah sejenis manipulasi. Semua motto dan slogan hanyalah untuk mengelabui orang-orang Melayu yang berfikiran sempit dan mudah emosional. Matlamat anda adalah berasaskan ketamakan untuk menguasai negara ini. Anda pun tahu tuduhan-tuduhan salahlaku yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin anda, tetapi anda membutakan mata anda hanya kerana mahu agenda menumbangkan kerajaan yang dominan Melayu.

Jangan tipu sesiapa. Target DAP adalah menggugat kuasa politik orang-orang Melayu. Anda sedang dihasut oleh pemimpin-pemimpin DAP sehingga anda tidak memikirkan risikonya. Anda terpukau dengan ucapan-ucapan pemimpin anda yang angkuh mempertikai orang Melayu dan Islam. Ucapan-ucapan politik yang menyakinkan anda bahawa mereka berkuasa dan berjuang untuk anda. Sedarkah ini, ucapan ini menyakinkan bangsa anda, sebaliknya ia menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang kini terpendam dalam jiwa mereka.

Kerajaan hari ini, bahkan mana-mana kerajaan pun, termasuk kerajaan baru, anda sendiri tahu tidak akan mengubah apa-apa. Korupsi, rasuah dan penyelewengan adalah perkara biasa. Ia tidak akan selesai dengan menukar kerajaan. Anda tahu perkara ini. Pemimpin-pemimpin DAP juga cenderung ke arah penyewengan, tetapi anda mendiamkan diri kerana matlamat anda mahu menumbangkan kerajaan yang dikuasai orang-orang Melayu.

Hujah menukar kerajaan kerana perkara ini adalah tertolak. Apa yang sebenarnya adalah anda dihasut bahawa andalah yang memajukan negara ini, tanpa anda melihat toleransi dan sumbangan orang-orang Melayulah yang memperkayakan anda.

Sebagai contoh untuk anda pelajari, kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat dahulu.

Ingatkah anda bagaimana pemimpin-pemimpin PAS membela kenyataan-kenyataan rasis dan berbau anti-Islam pemimpin DAP? Dan apa sudah jadi hari ini? Apabila PAS tersedar, mereka memusuhi DAP lebih kuat berbanding menentang UMNO.

Begitulah juga yang akan berlaku, jika pembangkang mengambil alih negara, orang-orang Melayu akan menyingkap realiti sebenar bahawa mereka hanya dipergunakan. Anda tidak dapat menyorok lagi ketika itu. Segala-galanya jelas.

Anda bayangkan sendiri, jika pembangkang mengambil alih negara, tiada apa yang akan berubah untuk kebaikan rakyat. Sebagai contoh, di Penang dan Selangor. Apakah kebaikannya? Semua politikus hanyalah mempergunakan rakyat, sedangkan matlamat mereka adalah berbau peribadi.

Ketika itu orang-orang Melayu akan sedar, sebagaimana pemimpin-pemimpin PAS sedar hari ini. Apabila mereka sedar mereka tertipu, dan kuasa politik tidak lagi di tangan orang Melayu, mereka akan bangkit memprotes. Tiada siapa yang akan dapat menghalang perkara ini. Apabila orang-orang Melayu menyedari perkara ini, amukan mereka pasti akan meletus. Politik akan menjadi medan perbalahan kaum, yang tidak mustahil akan mencetuskan pertumpahan darah.

Janganlah kerana ketamakan, anda menderita kerugian. Sedarlah, anda hanya dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin anda, sedangkan risiko yang anda hadapi adalah besar.

Dalam keadaan sekarang, hanya sebilangan orang Melayu sahaja yang menyedari tipu muslihat pemimpin-pemimpin anda. Dan ia tidak akan disedari oleh orang ramai, melainkan setelah ia berlaku. Apabila ia berlaku, anda akan melihat amukan orang-orang yang berasa tertipu ini.

Sebagaimana orang-orang Melayu menjadi emosional akibat dihasut membenci kerajaan, mereka juga akan menjadi emosional jika menyedari bahawa mereka hanya diperbodoh dan dieksploitasi untuk agenda peribadi orang lain.

Keputusan anda untuk sepakat menyokong pembangkang dan menentang kerajaan sebenarnya menjadikan politik hari ini sebagai suatu politik perkauman yang akhirnya akan membawa kepada perbalahan kaum.

Secara logik akal, jika kerajaan ditumbangkan secara demokrasi, mereka tidak akan menyerah sebegitu mudah. Akan ada huru-hara dan perbalahan sebelum mereka melepaskannya. Ia bukan soal tindakan itu betul atau tidak, tetapi ia adalah perkara biasa dalam dunia hari ini. Tiada siapa yang akan menyerah begitu sahaja.

Ambil sahaja peringatan ini: apabila dedalu semakin angkuh, besar dan rakus menghisap pokok sehingga kering, pokok akan mati dan rebah. Kemudian dedalu juga akan turut jatuh tersembam bersama pokok. Bagaimana cara anda mahu memahami dan membayangkan perkara ini, terpulanglah. Tetapi, itulah kitaran alam.

 

 

Filed in: Nasional, Politik, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen