5:10 pm - Wednesday April 25, 2018

Polis jamin keselamatan sepanjang Sukan SEA

TorchRun030717

 

MO, 3/8/2017, KUALA LUMPUR – Polis memberi jaminan keselamatan tahap tertinggi kepada semua atlet terbabit serta pengunjung di setiap acara Sukan SEA 2017, bermula 19 hingga 30 Ogos ini.

Bagi mencapai matlamat itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata seramai 12,000 anggota pelbagai unit akan ditugaskan di semua lokasi pertandingan.

Beliau berkata, ia juga meliputi kawasan sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil serta hotel penginapan atlet dari semua negara yang terbabit.

“Hari ini, kita melakukan latihan amal bagi menunjukkan kesiapsiagaan anggota kita sempena berlangsungnya Sukan SEA 2017 ini. Ini latihan keenam, sebelum ini kita buat juga di Terengganu, Langkawi serta KLCC.

“Kita siap sedia dengan aspek keselamatan dan kita yakin dapat memastikan keselamatan sepanjang berlangungnya Sukan SEA,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau juga menjelaskan, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berkaitan ancaman daripada mana-mana pihak yang cuba untuk melakukan sabotaj kepada temasya sukan itu.

Filed in: Nasional, Sukan, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen