Lebih banyak produk tempatan sama ada berasaskan kepada pertanian dan pelancongan dapat dipromosikan menerusi penerbangan khususnya dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Daripada memberi laluan kepada jenama-jenama terkemuka, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Berhad itu berkata, melalui Air Asia dan program sokongan ASEAN banyak produk yang dihasilkan dalam negara-negara Asean dapat diketengahkan.

Beliau berkata, promosi-promosi sedemikian akan dilakukan menerusi penerbangan Air Asia yang dalam masa sama memudahkan para penduduk negara-negara ASEAN untuk terbang ke negara lain khususnya dalam Asia Tenggara.

“Melalui penerbangan, produk-produk tempatan seperti pertanian dan pelancongan dapat diperkenal dan dipromosi pada peringkat antarabangsa.? Air Asia akan bekerjasama dengan kementerian pertanian atau berkaitan di semua negara serantau itu untuk mencadangkan promosi berkenaan dan berpendapat produk seperti makanan barangan yang melambangkan identiti negara ASEAN harus dipromosikan dalam kapal terbang.

“Walau bagaimanapun beliau meminta agar kerajaan di setiap negara ASEAN dapat mengurangkan kadar cukai lapangan terbang supaya ramai orang dapat meneroka negara-negara di Asia Tenggara,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran rekaan kapal terbang Air Asia yang baharu sempena sambutan ulangtahun ASEAN ke – 50.

Beliau dalam pada itu turut mengumumkan program sokongan Air Asia kepada ASEAN bagi sepanjang tahun 2018.? Menurut Tony, terdapat beberapa perkara termasuk pendidikan dan keusahawanan menjadi objektif dalam program sokongan tersebut.

“Kejayaan Air Asia hari ini adalah disebabkan oleh sokongan dari negara-negara ASEAN. Justeru sempena ulangtahun Asean ke – 50 Air Asia mengumumkan pelan jangka panjang sebagai sokongan kepada ASEAN.? Antara aspek yang dapat diketengahkan seperti kerjasama dengan universiti-universiti di negara ASEAN, pertukaran kakitangan untuk berkongsi pengalaman, hari keusahawanan serta kem kewartawanan.? Melalui program-program tersebut, pertukaran idea, perkongsian pengalaman dan rentas budaya dapat didedahkan sekali gus menyatukan masyarakat dalam kalangan negara-negara serantau,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau yakin program sedemikian bukan sahaja akan dilakukan dalam tempoh setahun, malah ia wajar dilakukan untuk tempoh lebih lama.

-UTUSAN ONLINE