3:01 am - Saturday June 24, 2017

Pusat Beli Belah Dipenuhi Peminat #FattZura

C9RAV6iV0AAHC6H

MO, 13/6/2017, KUALA LUMPUR – Impak Drama Astro Ria; Hero Seorang Cinderella, lebih 1000 peminat serbu ruang Atrium pusat membeli belah Quill City Mall, KL hanya untuk bertemu pelakon utama drama tersebut, Fattah Amin dan Nur Fazura.

Bukan sahaja di Atrium, peminat drama bersiri yang sedang menjadi fenomena itu turut memenuhi karpet merah bermula dari luar Quill City Mall sehingga ke pentas utama untuk menyambut ketibaan Fattah dan Fazura.

Bersempena kempen ‘Raya Kasih dan Cinta’ Quill City Mall telah meraikan 43 anak-anak yatim Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti NurShaheera dalam sebuah majlis berbuka puasa bersama Fattah dan Fazura.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Quill, Datuk Michael Ong berkata majlis berbuka puasa itu diadakan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat dengan menyebarkan maksud sebenar Ramadan dan kasih sayang.

Filed in: Hiburan, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen