7:43 pm - Monday October 23, 2017

Qatar & AS tamatkan latihan ketenteraan bersama

map-01-thumb1

Qatar dan Amerika Syarikat (AS) menamatkan latihan ketenteraan bersama yang diadakan di Al-Galayel pada Ahad, latihan yang diselia Menteri Negara Hal Ehwal Pertahanan Qatar, Dr Khalid Mohammed Al Attiyah, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Latihan tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu latihan bersama pasukan khas tentera, operasi khas tentera laut dan operasi tentera udara yang diwakili skuadron helikopter Pasukan Tentera Udara Qatar, serta pasukan khas tentera AS.

Latihan bersama tersebut turut disertai Panglima Pasukan Khas Bersama Brigadier Jeneral Hamad Abdullah Al Fetais Al Marri, wakil Kedutaan AS Brigadier David Parr dan pegawai-pegawai kanan angkatan tentera Qatar dan AS.

Filed in: Luar Negara, Politik, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen