11:09 pm - Friday September 22, 2017

Radius kawasan suntikan vaksin diperluas

rabies serian 0507MO, 12/7/2017,SERIAN – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan memperluaskan radius kawasan suntikan vaksin anjing dan kucing di daerah Serian, Sarawak, bagi mencegah penularan wabak rabies atau anjing gila.

 

Timbalan Menteri Pertanian dan lndustri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata langkah itu berikutan satu kes baharu yang dikesan di Kampung Ampungan, Serian, menjadikan sehingga kini empat kes rabies dikesan di daerah berkenaan setakat ini.

 

“Selain radius suntikan, jika ada keperluan kita akan menambah vaksin yang telah dihantar sebelum ini sebanyak 6,000 vaksin,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik-Labu Kubong di sini hari ini.

 

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan kes keempat rabies itu membabitkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mempunyai sejarah gigitan anjing pada 27 Mei lalu di Kampung Saroban, terletak kira-kira 10 kilometer (km) radius dari kampung di mana kes ketiga rabies berlaku.

 

 

 

Filed in: Kesihatan, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen