6:06 am - Monday September 22, 2014

Ramai Ibu Bapa Kecam Tindakan Bodoh Alvin Dan Vivian

MO, Petaling Jaya, 19/10/2012Bodoh, memalukan dan mementingkan diri sendiri. Ini adalah ungkapan yang digunakan oleh ibu bapa untuk menggambarkan perasaan mereka terhadap pasangan blog seks, Alvin Tan dan Vivian Lee.

Bapa kepada seorang gadis berusia 20 tahun berkata dia akan akan ‘memandulkan’ Tan jika anak perempuannya adalah teman wanitanya pelajar undang-undang itu.

Reaksi itu tidak mengejutkan dan jelas memberi penekanan terhadap nilai-nilai moral generasi lebih tua yang berbeza berbanding orang-orang muda.

“Saya akan memandulkannya kerana saya fikir apa yang telah dilakukan adalah sama sekali tidak boleh diterima.

“Dia adalah pengaruh buruk kepada orang muda,” kata pengamal media Warren Wong, 50.

Ketua Biro Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong, yang telah banyak mengendalikan kes-kes yang melibatkan ketidaksopanan seksual, mendapati pasangan yang menyiarkan gambar dan video mereka mengadakan hubungan seks di blog sebagai pelik dan menyifatkan tindakan mereka sebagai “bodoh”.

“Ia memalukan keluarga mereka, saudara-mara dan rakan-rakan. Saya berasa sangat simpati terhadap ibu bapa mereka. Bagaimana mereka akan menghadapi orang lain sekarang?

“Saya sendiri malu dan tidak mahu melihat gambar atau menonton video itu walaupun beberapa orang telah menyuruh saya berbuat demikian,” kata Chong, 64, bapa kepada tiga orang anak perempuan berusia lingkungan 20-an.

Beliau turut tertanya-tanya jika pasangan itu berada di bawah pengaruh dadah apabila mereka merakam dan menyiarkan video perbuatan seksual mereka kerana, “adalah sukar untuk mempercayai bahawa sesiapa yang mempunyai fikiran yang waras akan melakukan perkara seperti ini”.

Datin Noor Azimah Abdul Rahim, ibu kepada empat remaja berumur 14 hingga 19 tahun, berkata blog tersebut memberi penghinaan kepada ibu bapa pasangan itu dan akan menyebabkan rakyat mempersoalkan kaedah didikan keibubapaan.

“Semua ibu bapa membesarkan anak-anak mereka dengan harapan anak mereka akan akan memberi penghormatan kepada keluarga.

“Apa yang Alvin dan Vivian telah lakukan adalah mengejutkan, dan jelas mereka tidak berfikir tentang akibat daripada tindakan mereka yang akan memberi kesan kepada keluarga mereka,” kata Noor Azimah.

Ahli Perniagaan Caleb Lee, 52, yang mempunyai seorang anak perempuan dan lelaki remaja, meminta pasangan itu untuk meletakkan diri di tempat ibu bapa mereka.

“Sebagai ibu bapa sendiri, saya tidak boleh bayangkan bagaimana sedihnya mereka.

“Jika saya bertemu Alvin dan Vivian, saya akan bertanya kepada mereka, jika peranan anda dengan ibu bapa anda telah diterbalikkan, atau jika ibu bapa anda yang menyiarkan gambar dan video itu, anda masih boleh berbangga dengan apa yang anda lakukan? “.

Filed in: Nasional

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen