1:52 pm - Saturday November 25, 2017

Remaja maut akibat kencing tikus

download (64)MO, 19/5/2017, JOHOR BAHRU – Seorang remaja berusia 18 tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tengah malam tadi akibat leptospirosis atau kencing tikus.

Remaja lelaki itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA kira-kira jam 12 tengah malam tadi. Siasatan lanjut masih dilakukan berhubung pergerakan mangsa sebelum ini tetapi remaja berkenaan yang berasal dari Pekan Nanas, Pontian dikatakan mandi di Air Terjun Gunung Pulai, Kulai, bulan lalu. Mangsa disahkan meninggal disebabkan kencing tikus dan kegagalan organ berfungsi, selepas tiga hari berada di ICU HSA. Mangsa dimasukkan ke hospital selepas mengalami mengalami sakit perut, selsema, demam selama tiga hari dan lemah anggota badan.

Filed in: Kesihatan, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen