3:11 pm - Monday November 23, 3964

Remaja Maut Akibat Main Telefon Bimbit Di Tandas

wet-smartphone

PIHAK berkuasa Amerika Syarikat sedang menyiasat kematian seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki akibat kejutan elektrik ketika menggunakan telefon bimbit di bilik mandi.

Menurut laporan NBC News, Madison Coe dari New Mexico dikatakan sedang mandi ketika kejadian, namun tidak dapat dipastikan bagaimana insiden itu berlaku.

Pihak berkuasa mempunyai dua teori: kejadian mungkin berlaku sewaktu Coe sedang menjawab panggilan ketika telefon dicas, atau sewaktu Coe sedang memasang alat pengecas telefon.

Nenek Coe, Donna O’Guinn memberitahu siaran berita NBC, ketika ditemukan cucunya itu mempunyai kesan terbakar di bahagian tangannya.

“Kami mendapati ada kesan terbakar di tangannya, jadi kami berpendapat dia mengalami kejutan elektrik ketika memegang telefon,” kata O’Guinn.

Polis yang menerima panggilan keluarga berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam Isnin lalu mengesahkan menjumpai sebuah telefon bimbit dan alat pengecas di dalam bilik mandi berkenaan.

Coe dibawa ke hospital oleh paramedik namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Kes juga telah dimaklumkan kepada Pertubuhan Keselamatan Pengguna AS untuk disiasat.

Filed in: Nasional, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen