Pemain berusia 32 tahun itu menyempurnakan jaringan di sudut atas pintu gol lawan turut berkongsi rekod dengan pesaingnya dari Barcelona, Lionel Messi setelah kedua-dua mereka mengumpul 60 gol keseluruhan di peringkat kumpulan.

Jaringan yang dilakukan Ronaldo, hari ini, merupakan gol kesembilannya musim ini.

Real, yang memburu gelaran ketiga berturut-turut dalam Liga Juara-Juara, menundukkan Dortmund 3-2, tetapi kelab gergasi Sepanyol itu telahpun layak ke peringkat 16 terbaik, setelah muncul naib juara kepada Tottenham Hotspur dalam aksi Kumpulan H.

Selain Ronaldo yang melakukan jaringan pada minit ke-12, gol Los Blancos diledakkan oleh Borja Mayoral (minit ke-8) dan Lucas Vasquez (minit ke-81), manakala kelab Jerman, Dortmund memperoleh dua gol hasil sumbangan Pierre-Emerick Aubameyang (minit ke-43, ke-48).

– AFP