3:13 pm - Friday December 16, 1340

Santuni, dekati pengundi atas pagar

WhatsApp_Image_2017-12-07_at_10.49.11_AM.jpeg.transformedMO, 7/12/2017, KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan tiga kelompok pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden UMNO berkata kelompok pertama adalah ahli parti sendiri yang menunaikan tanggungjawab mengundi parti.

Keduanya, adalah mereka yang mengundi pihak lawan.

“Ketiga, yakni kelompok yang sangat penting untuk kita santuni, dekati dan menangi hati mereka adalah, sekelompok pertengahan yang tidak memihak kepada sesiapa, atau lebih tepat, disebut sebagai ‘The Persuadable Voters’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Najib berkata, kelompok ketiga itu sangat signifikan undinya kepada BN.

Sehubungan itu, katanya, usaha untuk menawan dan memujuk hati mereka perlu menjadi antara agenda utama melalui pelbagai bentuk kempen yang perlu dijalankan.

“Saya mengamati ucapan perasmian sayap parti oleh (Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ucapan ketiga-tiga ketua sayap yang mana dapat saya rumuskan, kesemuanya telah berjaya dengan begitu baik sekali, dalam menyentuh isu dan cabaran utama, sebagai persediaan akhir menghadapi pilihan raya umum nanti.

“Saya pun merumuskan sayap parti amat faham akan tujuan, matlamat tersurat lagi tersirat perhimpunan agung kali ini,” katanya.

Filed in: Nasional, Politik, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen