12:12 pm - Tuesday January 23, 2018

Sarawak berjaga-jaga

KUALA TERENGGANU 18 DISEMBER 2017. Keadaan angin kencang dan laut bergelora menyebabkan ombak besar menghempas benteng di Pelabuhan Perikanan Chendering hari ini. Menurut Jabatan Meteorologi amaran Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. NSTP/GHAZALI KORI

MO, 10/1/2018, KUCHING – Hujan lebat sejak tengah malam tadi menyebabkan paras air di beberapa kawasan di Sarawak mulai naik, hari ini.

Berikutan itu, tiga sekolah di kawasan pedalaman negeri diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas paras air didapati didapati terus naik sehingga tengah hari ini.

Sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kenyana di Mukah yang mempunyai 40 murid, SK Kuala Siga di Sebauh dengan 37 murid dan SK Kuala Bok di Baram yang mempunyai 62 murid.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ketiga-tiga sekolah berkenaan masih beroperasi, namun pemantauan berterusan dijalankan.

Beliau berkata, beberapa kampung dalam daerah Bau turut diletak dalam keadaan berjaga-jaga dan penduduk dinasihatkan mematuhi arahan berpindah jika keadaan semakin buruk.

“Paras air di dua kawasan iaitu di Nanga Merurung di Kapit dan Rumah Panjang Abua di Bintulu sudah mencecah tahap amaran dan didapati terus meningkat.

“Setakat jam 12 tengah hari ini, keadaan masih terkawal dan pihak kami terus memantau keadaan,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi iaitu di Dewan Serba Guna Kampung Lereng Bukit di Miri.

“Pusat pemindahan sementara itu menempatkan 20 penduduk dari enam keluarga yang rumah mereka terjejas akibat tanah runtuh, Ahad lalu,” katanya.

Filed in: Dari Bumi Kenyalang, Nasional, Topik Pilihan

Trackbacks/Pingbacks

  1. Sarawak berjaga-jaga | Merdeka Online | LiputanKini - January 11, 2018

    […] Source link […]

Tinggal Komen