3:49 am - Saturday April 29, 2017

Sedia tanggung rugi demi rumah rakyat

sultan johor bedayMO, 21/3/2017, MERSING – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal mengumumkan hadiah istimewa berbentuk Skim Perumahan Mampu Milik kepada rakyat negeri itu sempena hari keputeraan baginda Khamis ini. Baginda bertitah skim itu yang berstatuskan hak milik bebas adalah yang pertama seumpamanya dan bakal dibangunkan di Bandar Dato Onn di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim.

Sultan Johor yang prihatin mengenai masalah perumahan rakyatnya sanggup rugi dalam melaksanakan program perumahan untuk Bangsa Johor di negeri itu. Baginda bertitah, butiran fasa pertama yang dinamakan Rumah Impian Sultan Ibrahim itu akan diumumkan esok sempena prapelancaran projek.

Bagi fasa pertama, baginda akan bina  dalam 600 unit termasuk banglo dan Semi-D. Rumah atas tanah. Baginda memberi gambaran  rumah banglo dan semi-D yang bawah RM100,000 dengan keadaan yang sempurna. Baginda juga percaya program perumahan ini tidak akan rugi, dan jikalau rugi, bagida sedia untuk menanggung rugi sebagai amal jariah baginda kepada rakyat.

“Jikalau Rumah Impian Sultan Ibrahim ini menjadi betul-betul impian rakyat seluruh negara, kalau saya dapat sokongan daripada kerajaan Persekutuan untuk saya bina rumah rakyat untuk negara, saya buatkan dengan tidak mengambil untung satu sen pun. Biar rakyat semua ada rumah,” titahnya dalam temubual eksklusif bersama agensi media di bawah Media Prima Berhad baru-baru ini.
Temubual itu sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, pada Khamis ini. Sultan Ibrahim juga berkata, projek dibiayai Bank Rakyat dengan dana sehingga RM500 juta, manakala pembeli akan diberikan kadar faedah yang rendah mengikut gaji supaya mereka mudah membayar semula pinjaman.

Filed in: Ekonomi, Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen