Siti Nurhaliza, 38, yang merupakan anak kelahiran Lipis dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga selebriti yang menerima anugerah kebesaran ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof atau nama sebenarnya, Datuk Idris Md. Yusof yang turut menerima SSAP.

Pereka fesyen iaitu Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn. Bhd., Jovian Mandagie dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.

Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim yang merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah dan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar.