3:13 pm - Saturday December 15, 5838

Sultan Mizan tarik diri saat akhir #KL2017

indexMO, 13/8/2017, KUALA LUMPUR – Harapan untuk melihat salah seorang atlet tumpuan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) tidak kesampaian apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membuat keputusan menarik diri saat akhir daripada menyertai temasya tersebut.

Keputusan penarikan diri Sultan Mizan daripada KL2017 disahkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Pendaftaran Deligasi (DRM), semalam. Sultan Mizan sebelum ini berada dalam senarai Kontinjen Malaysia KL2017 menerusi acara kuda lasak dan adalah antara atlet tumpuan temasya di Kuala Lumpur selain Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bakal bersaing bagi acara polo.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata, keputusan Sultan Mizan itu dibuat selepas mendapati kuda yang bakal ditunggang baginda tidak berada dalam keadaan baik, keputusan yang diambil Sultan Mizan itu pastinya adalah satu keputusan yang agak berat untuk dilakukan.

Filed in: Nasional, Sukan, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen