3:13 pm - Saturday December 16, 1747

Teroka teknologi terkini bagi membuka peluang baharu

41511349817_WIEFSarawakMalaysiaMO, 23/11/2017, KUCHING – Teknologi baharu perlu diteroka kerana ia mampu membuka peluang baharu untuk merancakkan ekonomi.

Pegawai Media Agensi Pembangunan Pelaburan Tatarstan di Rusia Wieam Al-Sharabi berkata tujuan utama negara tersebut melibatkan diri dalam sistem teknologi terbaharu adalah untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk mengukuhkan ekonomi.

“Sistem-sistem terbaharu seperti teknologi blockchain diteroka bukan sahaja kerana ia adalah peluang baharu tetapi juga kerana tahap keselamatan sistem tersebut. Dengan ini, rakyat dan pelabur yang terlibat dengan negara ini akan yakin dengan dana yang dilaburkan mereka,” kata Wieam.

Beliau ditemui ketika salah satu sesi perbincangan di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) yang masuk hari kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pada hari pertama WIEF, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menekankan kepentingan menyediakan generasi muda dengan kemahiran berkaitan teknologi baharu supaya mereka boleh bersedia untuk pekerjaan yang masih belum wujud ketika ini.

Perkara tersebut turut disentuh pengasas bersama Apple Incorporated Steve Wozniak yang menggalakkan kerajaan untuk menyokong pembangunan digital di negara masing-masing.

Filed in: Dari Bumi Kenyalang, Luar Negara, Nasional, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen