12:16 pm - Tuesday January 23, 2018

Tindakan tegas jika gagal lapor kes buli

buli

MO, 3/8/2017, SAMARAHAN – Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan sekolah yang menyembunyikan sebarang salah laku termasuk kes buli di sekolah masing-masing.

Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Khir Mohamad Yusof berkata pengetua dan guru besar perlu segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang kes salah laku sedemikian di sekolah mereka.

“Tindakan melaporkan kes seumpamanya tidak akan menjejaskan reputasi sekolah, sebaliknya ia perlu bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya tentang tindakan pihak kementerian terhadap sekumpulan pelajar perempuan yang terlibat dalam kes buli  seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Kunak, Sabah baru-baru ini.

Filed in: Nasional, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen