5:02 pm - Saturday September 23, 2017

TLDM hantar empat kapal bantu APMM operasi menyelamat 10 kelasi hilang

51503279208_USSJohnSMcCainMO, 21/8/2017 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar empat kapal bagi membantu kapal-kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat 10 kelasi USS John S. McCain selepas kapal pemusnah Amerika Syarikat itu terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah kapal dagang di timur perairan Johor awal hari ini.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata susulan kejadian itu TLDM bersama beberapa agensi keselamatan lain dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kelasi USS John S. McCain yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

Aset TLDM yang terlibat dalam SAR adalah Kapal Diraja (KD) Handalan, KD Gempita, KD Lekiu, CB90 dan sebuah helikopter Super Lynx. Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia turut terlibat . KD Handalan telah menerima panggilan kecemasan daripada kapal USS John McCain awal pagi ini mengenai kemalangan berkenaan.

 

Filed in: Luar Negara, Nasional, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen