8:57 am - Wednesday April 25, 2018

TPM lawat DSA Ke-16

KUALA LUMPUR, 17 April -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat tapak pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pameran Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-16 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

MO, 17/4/2018, KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melawat pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-16 dan Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 di sini.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri disambut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, meluangkan masa hampir dua jam melawat ruang pameran peralatan ketenteraan dan beramah mesra dengan pempamer.

Beliau turut merasmikan kenderaan rasmi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan melancarkan Sistem Semakan Lesen Agensi Persendirian dan Tapisan Keselamatan Pengawal Keselamatan.

Ahmad Zahid turut mencuba Sistem Pengesahan Offline E-Visa dan E-Entry Jabatan Imigresen serta peralatan ketenteraan dan senjata yang dipamerkan.

DSA Ke-16 dan NATSEC Asia 2018 berlangsung empat hari di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula Isnin lalu hingga Khamis ini.

Sebanyak 1,500 pempamer dari 60 negara berhimpun di bawah satu bumbung bagi mempamerkan kekuatan dan teknologi ketenteraan terkini dunia.

Filed in: Luar Negara, Nasional, Teknologi dan Media Sosial, Topik Pilihan

Tiada Komen Lagi

Tinggal Komen